This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    tak tahu nak letak tajuk apa.
    Assalamualaikum people. Yeah im back for a long time. nak cakap busy takda masa nak update blog takdalah busy sangat. aku ada je masa huha sana sini. nak kata takda cerita yang nak update, eh banyak sangat ni cerita. cumaaaaaaa tak terasa nak bukak, suka hati aku lah kan. okay haritu kawan kawan aku (ramai tau ramai) stalk blog aku ni depan mata aku sendiri. aku tak boleh nak buat apa. aku pun biar jelah takda apa pun yang nak disorok. sekali diorang bukak blog ni fuyoooooo panjangnya karangan hahaha padan muka diorang malas nak baca. Ni aku tengah cuti seminggu yang diluluskan oleh aku sendiri. i mean cuti yang aku buat sendiri. sape suruh kktmr tak bagi cuti, kan aku dah break the rules. aku dah pecahkan rekod sebulan lebih tak balik rumah. kau rasa penyakit homesick boleh bertahan ke kalau dah lama sangat tak balik? haaa ni cuti bukan sebarang cuti. ni cuti study week. naik cuti ni terus exam. oleh sebab pointer sem lepas aku turun so sem ni aku kena study more harder. jangan cakap pakai angin je tau reen. usaha tu usaha. tak dapat high score dekat projects, aku kena score habis habis subjek teori. kali ni taknaklah setakat dekan, aku nak 4flat hahahahahahahahahahahahaha tinggi betul cita cita. tahanlah sikit lagi dua minggu je ni pastu habislah sem 4. sem 5 would be more tough pastu praktikal pastu habis. kan kejap je tu. setahun tu tak lama pun hahahahahahaha banyaklah tak lama. kalau kahwin tu dah boleh dapat anak sorang. haish jauh lagi. taknak pun kahwin awal. jauh lagi aku nak pergi. cerita study dulu pastu kerja sambil tu collect duit and go on travel the place i wanna go. kahwin tu cerita nantilah. umur dah 20 ni aku dah malas nak fikir pasal boyfriend apa semua. nak kenal orang pun dah malas. yang dah kenal ni pun belum tentu ada gunanya. ops hahaha (smile monyet tutup mulut) Banyaklah kalau aku nak share cerita aku selama berbulan bulan aku tinggalkan blog ni. nanti ada masa aku main trowback jelah ye. okaylah bye assalamualaikum.




    Post by Reen Azreena @ 24.11.15 | 0 Comments

    Result dah keluo
    Assalamualaikum dan salam satu malaysia. Haaa keluar pun result. Mara ni lain kali keluarkanlah result tu cepat sikit. Tak tahu ke kitorang tak sabar nak tengok result hasil usaha kitorang? Hahaha so walaupun result aku ada peningkatan tapi aku still tak puas hati. Taknak setakat dekan, aku nak 4flat. Amboi tak bersyukur. Hm ye ye thank Allah for the result. Dapatlah jugak aku merasa jadi budak dekan kahkah. Tu aku cakap dengan adik adik diluar sana. Yang failed dalam pt3 tu ke, jangan give up dalam hidup dik. Akak ni pun dulu masa pmr dapat 1A je. Ni kat ipt tuptap A berderet. Kalau takde rezeki kat pt3 ke spm ke, rezeki menanti anda di masa hadapan. Sekian sahaja tazkirah hari ini. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.




    Post by Reen Azreena @ 24.12.14 | 0 Comments

    Eh aku hidup lagi?
    Assalamualaikum. Hai semua? *krik krik* hmm okay bye. Haha akhirnya aku berjaya update blog. Rindu tau dengan blog ni. Blog nilah bestfriend aku. Aku cerita semua masalah aku kat dialah. Tapi dia tak pernah peduli, dia tak tolong aku settlekan masalah aku pun. Dia tengok je aku cerita. Kira aku ni macam luahkan perasaan kat dinding lah. Adalah jugak yang tegur aku kat twitter diorang cakap blog aku best. Haha tang mana tah yang best. Sorrylah kalau aku jenis yang suka post cerita yang panjang panjang. Ada jugak tu yang sanggup baca semua hihi sayang awaks awaks semua muahked. Alhamdulillah aku masih hidup sampai ke harini dan diberi peluang untuk mengupdate blog ni. Hm ni ha cheq nak ceqita yang cheq tengah cuti sem. Tak yang aku dok cakap kedah ni pasaipa? Oh ye haritu birthday aku. 17hb haritu. Kesian aku baru nak masuk 19 tahun. Kawan aku semua dah nak masuk 20 dah. Angka 20 tu hmm rasa macam tua sangatlah em emm. Tak ramai pun yang wish. Tak sedih tapi dari situlah aku tahu kawan sejati mana yang ingat birthday aku. Yang wish sebab tahu dari facebook pun aku terima at least dia wish. Theres no birthday celebration sebab family semua duduk jauh jauh. Weekend je dapat jumpa semua hmm yang ni sedih tapi its okaylah tak kisah pun sebenarnya. Balik cerita cuti sem tadi. Nak habis dah pun cuti sem aku ni. Minggu depan naik ah kolej. Tak sangka sem 3 dah aku ni. Nak habis dah. Aku punya nak habis tu sebenarnya lagi 2 tahun. Nak cakap lama, pejam celik pejam celik selama 2 tahun, habis ah kan. Agak susah jugaklah weh course interior design ni. Aku tak tahu macam mana int. designer kat luar sana boleh survive dan bekerjaya dan hidup lagi sampai sekarang. Memanglah kita kalau dah minat, semua benda jadi senang. Ye aku tahu tu. Aku tahu. Ni tengah dedo atau apa orang melayu cakap berdebar nak tunggu result keluar. Dahlah aku frust menonggeng sebab result sem 1 haritu lagi hujung tanduk lembu je aku nak dapat dekan. Ni result sem 2 hmm aku tak target pun dekan. Tapi aku taknaklah result cukup cukup makan je. Hm ye aku nak dekan tapi hasil kerja aku bukan bagus sangat. Aku harap jugaklah dengan menyecore subjek yang kredit dia banyak, result aku boleh gempak. Amin. K cuti ni aku takde buat something useful pun. Semuanya tak berfaedah dan memberi manfaat kepada negara dan mencapai ke arah matlamat wawasan 2020. Macam biasalah orang yang takda masa depan punya cuti sem kan dia ternak lemak je pastu goyang kaki pastu membongkang je. Orang kata cukup 40 hari kalau tidur petang je jadi bodohlah alamatnya. Dengar je cerita yang aku pun tak pasti sama ada sahih ke tak aku pun tidur waktu pagi atau tengahari kahkah harap aku tak bodohlah. Aku nak jadi interior designer yang berjaya ni so takleh ah bodoh bodoh kan. Hm da ah tu jelah untuk harini. Bye :*




    Post by Reen Azreena @ 19.12.14 | 0 Comments

    Madec si jantung hati
    Assalamualaikum

    Dengan ini dengan itu aku nak cakap yang aku dah jatuh cinta dengan madec. Pernah jugak aku rasa sesal kenapalah aku tak masuk sini dari dulu lagi. Kalau tak dah lama aku hidup bahagia. Ye memang aku sengsara pun duduk kat kuim tu dulu. Aku seronok jugaklah hidup dengan classmate aku yang sekarang ni. Serious semua sporting. Sekepala sekutu sekelemumur. Yang tak menahannya subjek dia weh. Semuanya membunuh. Ni baru belajar 2 minggu kepala otak aku punya neuron dah serabut, ni lagi nak makan 3 tahun.
    Tujuan sebenar aku buat entri kali ni nak cerita pasal kenangan hm aku tak pasti nak kata kenangan pahit ke manis. Setiap student id memang kena lalui pengalaman ni. Sem 1 lah yang kena. Senior senior punya kerja kena ragging kitorang. 7/1/20114 aku akan ingat tarikh keramat ni. Hari tu budak sem 1 semua kena pakai baju warna biru, tudung oren. Kontra betul. Yang lelaki takdalah pakai tudung kan. Pastu kitorang semua dibagi sepasang stokin warna oren. Memang comel, bagi perempuanlah. Bagi lelaki ia sememangnya hodoh. Nak tak nak diorang kena pakai jugak haha serious kelakar. Aktiviti aktiviti dia pun best. Main mangkuk beracun. Biasa orang guna bola tapi kitorang guna mangkuk. Memang siot aku sampai 2 kali mangkuk tu berhenti dekat aku. Nasib baik aku kena buat benda yang simple tapi dah cukup untuk menggeletarkan lutut aku. Pastu kena berpasangan then bawak belon yang berisi air dan jangan sampai belon tu pecah. Senior senior yang macam setan bawak jarum pergi kejar kitorang satu court tu pastu pecahkan belon kitorang. Aku lagilah game belum start tapi dah pecah dulu hahaha. Part yang paling dasyat lagi menggeramkan, kitorang semua kena tutup mata guna tudung hitam. Pada saat tu, hidup aku mula gelap... aku tak tahu siapa yang pimpin aku. Dia bawak aku pergi pusing pusing, tengah jalan tu, ada orang conteng muka aku dengan water colour. Masa tu aku tak tahu macam mana dah rupa aku. Yang aku tahu orang ramai tengah gelakkan aku. Aku masih lagi boleh jadi wanita yang tabah sebab aku tahu classmate aku yang lain pun terima nasib yang sama. Padahal jalan tu rata tapi pemimpin aku tu suruh aku lompatlah, merangkaklah. Ada satu tempat tu aku tak tahu lah kan dekat mana, dia lepaskan tangan aku pastu dia suruh aku jalan sendiri. Part yang turun tangga tu okay lagi sebab aku boleh pegang tiang pastu kaki main raba je. Tiba jalan rata, aku boleh terlanggar sebuah meja... tiba tiba kedengaranlah suara suara yang sedang gelakkan aku. Kurang asam punya senior. Manalah aku nampak. Dah berjalan jauh tu, pemimpin aku tu suruh aku duduk. Memang boleh rasalah aku tengah duduk atas rumput. Pastu dia ikat tangan dengan kaki aku. Olok olok kena culik katanya. Dah duduk lama tu kan, tiba tiba ada hujan. Hujan dia lebat betul macam waterfall. Dan bau dia euwwwww. Secara automatik aku terus menjerit eee apa ni apa ni. Rupanya dekat sebelah aku ada ramai orang. Classmate aku lah tu semua tu. Dah geli geli kena air apa tah tu kan, aku tanya orang sebelah aku, Jair. Weh air apa ni weh. Dia kata air tepung. Hm okaylah asalkan bukan air longkang ke sampah ke. Memang banyak diorang curah air tu kat kitorang. Dengan baldi baldi sekali diorang baling. Memang setan nasib baik aku tak kena. Last last diorang bukak tali yang diorang ikat tangan dengan kaki kitorang tu dan bukak penutup mata kitorang sekali. Hahahahahahahahaha macam zombi semuanya kawan kawan aku ni. Gelak tak over sangat ah sebab aku pun sama naik jadi zombi. Pastu senior senior semua pakat suara "Welcome to interior design" agaknya kan macam nilah diorang sambut junior tiap tiap sem kan. Tunggulah aku dah jadi senior nanti memang aku buli habis junior junior nanti. Kenangan pahit tapi best haha acano tu?





    Post by Reen Azreena @ 13.1.14 | 0 Comments

    kktm rembau
    Assalamualaikum

    Aku dengan secara rasminya sudah pun menjadi warga madec. Serious memang best kktm ni cuma lokasi dia lah tak strategik betul. Tengah tengah hutan sana tu ha. Bagi pengguna line maxis memang dah sampai ke tahap nak campak phone dekat dinding biar berderai sebab line macam haram. Oleh itu aku akan jadi pengguna tegar celcom lepasni. Baru limo haghi dokek sano macom macom den lalui. Tudia keluar dah nogoghi dia hahaha. Serious selama lima hari ni macam macam peristiwa yang boleh nak kata manis ada pahit pun ada. Orentasilah cerita dia. Aku memang nak cerita semua pasal orentasi aku. Berjela tak berjela aku nak cerita jugak.

    Orentasinya lima hari. Memang lama. Lima hari punya lama tu aku rasa macam lima bulan seriously. Abang abang kakak kakak fasi memang sporting habis. Diorang buli kitorang pun habis habis. Ragging habis. Batch aku ni semua ada 92 orang je tak ramai pun. Sikit tapi dah cukup untuk mengecohkan lagi suasana. Kitorang dibahagikan kepada 10 kumpulan. Group aku 5 lelaki 4 perempuan. Biasalah mula mula aku rasa kenapalah malang sangat aku ni dapat group yang tak best langsung tapi hari demi hari kitorang makin rapat. Biasalah kan mula mula tu malu malu kucing anjing buaya biawak lembu kambing nak tegur tapi lama lama rasa macam dah lama berkawan. Group aku paling tua umur dia 23 tapi dia taknak mengaku yang umur dia dah 23 dia cakap umur dia 19 perasan betul. Paling muda umur 17. Budak lepasan spm. Budak mrsm tu. Apa yang dia cakap semuanya berilmu weh. I mean kalau kita ni kan kalau cakap nak mencarut je kan tapi dia jaga betul bahasa dia. Apa apa aktiviti memang idea dia jelah yang keluar. Macam nilah stok mrsm kakakaka. Dengan orang yang tak kenal, aku agak pendiam. Aku kalau bukak mulut memang semua taknak kawan dengan aku. Ini serious. Mulut aku kalau korang kenal memang jahat.

    Orentasi ni yang tak bestnya tiap tiap hari paling lama dapat tidur 2 jam je. Paling kejap dapat tidur sejam. Pastu pukul 4 dah kena bangun sebab nak kena berebut bilik air tu semua. Bilik air dia serious tak best. Jauh dari bilik aku. Jamban duduk pun takda (????) Hm yelah macam nilah rupa asrama sebenarnya. Selama lima hari ni kan dua tiga kali je aku mandi ekekeke. Tak sempat dok. Ala orang bukan tahu pun aku mandi ke tak. Roomate aku jelah yang nampak aku ni tak mandi hahaha tapi aku tak berseorangan lah. Ramai yang tak mandi jugak.

    Banyak aktiviti yang aku akan ingat seumur hidup. Kembara malam antara part yang paling best. Memang best dapat tidur pukul 3 pagi pastu kena bangun pukul 4 pagi. Kembara malam ni kitorang berkembara dalam kumpulan. Kitorang dibekalkan dengan sebatang lilin je. Tu pun kemetot je. Satu kktm tu gelap. Cahaya lilin tu jelah yang menerangi malam yang gelap. Kitorang kena cari check point tu semua dengan bantuan lilin tulah. Yang tak seronoknya kitorang kena jaga api tu jangan sampai terpadam. Kalau terpadam kitorang kena start dari mula. Kan tak best tu. So kitorang kena berjalan jangan pakai angin kalau tak api terpadam. Korang bayangkanlah. Tengah tengah berjalan tu boleh terdengar pulak suara baby menangis. Serious tak tipu. Member group aku semua dengar. Mana tah datang. Setiap check point ada soalan. Ada satu check point ni memang agak ngeri. Kitorang kena balut salah seorang daripada kitorang guna tisu tandas tu satu badan. Sebijik macam mumia. Dengan suasana yang gelap tu...err memang ngeri. Part yang paling kelakar tak memasal aku kena jadi model kena buat catwalk pastu jalan sebelah model lelaki ecehhhh hahaha serious kelakar. Nak tak nak aku kena berlenggang jugaklah. Pastu ada part kitorang semua kena tutup mata pastu fasi suapkan something euwwww sumpah tak sedap. Dia kata tu biskut campur air tapi aku rasa macam muntah orang je. Pastu ada lagi satu part kitorang kena makan aiskrim dalam satu cawan pastu share dengan semua orang. So semua dapat rasa. Bila cawan tu dah kosong fasi tu cakap cawan tu ada sejarah dia. Sebelum ni ada orang muntah penuh dalam satu cawan tu eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Part last kitorang semua duduk tengah tengah padang. Masa tu 2.30 kot tak silap. Sejuk weh dengan mata yang mengantuknya...

    Aktiviti khidmat bakti pun boleh tahan best dia. Setiap kumpulan dibagi satu tong cat dengan berus berus roller tu semua pastu diorang suruh yang kumpulan ni kena cat sana, kumpulan ni kena cat situ. Aku serlahkan sikitlah yang aku ni pandailah jugak mengecat kan. 10 kali rasanya aku basuh tangan aku yang terkena cat tu. Cat minyak susah nak hilang so kena rajin menyental. Dalam tangan dah bersih tu mulalah budak ni nak dengki suruh aku tolong diorang tak memasal je aku kena basuh tangan aku lagi........dua tiga kali.

    Pastu ada satu game ni. Katak kembung katak kempis kot nama dia. Game dimana lelaki kena berpasangan dengan perempuan. Sumpah game ni memang macam bodoh. Nasib baik aku punya partner ahli kumpulan aku sendiri. Kiranya taklah malu sangat hahaha. Peh kena menatap mata pastu kena kenyit kenyit mata, kena naikkan kening. Paling tak boleh belah kena kembungkan pipi depan dia pastu kena buat mulut ikan eeeee ingat comel ah tu?

    Latihan dinamika pun best. Kitorang yang ramai ramai ni kena buat satu bulatan dalam dewan pastu dekat tengah tengah tu ada sebujik kerusi. Kerusi untuk orang orang yang malang. Orang yang duduk atas kerusi tu kena buat satu gaya orang cacat pastu pilihlah sesape pastu orang yang terpilih tu kena buat gaya cacat yang sama sampai dia pergi kat kerusi pastu dia kena buat gaya cacat yang lain pastu dia kena pilih orang lain buat benda yang sama. Serious kelakar. Diorang punya cacat menjadi betul hahaha. Macam macam pesen. Suster ngesot pun ada hahahaha nak pecah perut aku gelakkan diorang. Ramai jugak kawan aku yang kena pergi tengah tengah tu pastu buat gaya macam nak attack aku. Yang aku dah tunduk tundukkan muka je nasib baik tak kena.

    Pastu ada satu game ni aku tak ingat apa nama dia. Setiap kumpulan kena koyakan kertas supaya jadi cebisan yang kecil pastu dengan cebisan tu kitorang kena buat satu garisan yang panjang. Nak sambungkan cebisan tu kena guna masking tape. Masking tape tu ada dekat setiap baju fasi fasi tu semua. Kitorang kena amek masking tape tu dekat diorang tapi tak boleh berjalan atau melompat. Kitorang kena guna lutut. Penat weh kitorang kena kejar fasi fasi tu semua guna lutut pastu bila dah dapat masking tape tu kitorang kena jaga betul betul sebab nanti ada orang curi. Memang banyak masking tape group aku yang kena rembat. Kurang asam betul masing masing. Pastu dah buat garisan panjang tu kitorang kena jaga jangan sampai fasi koyakan. Pertahanan memang budak lelaki yang kena buat. Serious yang ni lawak. Budak ni sampai tumbangkan fasi tu semua sebab taknak bagi diorang kacau kitorang punya kertas tu. Ada yang sampai baju fasi tu koyak hahahaha tulah setan sangat. Dah siap tu semua group aku kena sambungkan kertas yang kitorang dah buat tu dengan group yang lain pastu sambungkan lagi dengan group yang lain. Serious susah. Dengan fasinya yang masing masing macam lahanat. Macam macam halangan. Yang perempuan kau jangan tanyalah. Kitorang dekat tengah tengah tu yang terbaring ada, yang terkelongkop ada, yang seluar koyak ada, yang tudung tertanggal ada, kena hempap lagi banyak kali weh. Oleh sebab aku lemas tak tahan duduk tengah tengah tu aku menyelinap nak pergi belakang sekali, dalam aku menyelinap tu aku sekali lagi kena hempap........dengan abang presiden yang badan dia tu boleh tahan besar. Sakit weh kaki. Jangan tanya ah. Lelaki perempuan tak kira dah haram ke tak, main hempap je semua.

    Malam persembahan pun best. Masing punya muzikal memang power power. Tapi aku tak join ah sebab masa tu aku demam teruk. Orentasi ni memang teruk sampai aku kena demam teruk. Persembahan group aku pun tak kurang hebatnya tapi tak menang pun. Ada yang lagi hebat.

    Ada part yang aku tak cerita sebab aku tak berapa nak ingat sangat. Yang ceramah ceramah tu buat apa nak cerita kan. Dah sah sah ler membosankan. Aku memang takkan lupa semua ni. Kenangan ni kenangan. Hm so habis orentasi tu aku terus cabut balik rumah hahaha tak menyempat kau. Baju pun tak tukar terus balik.




    Post by Reen Azreena @ 28.12.13 | 0 Comments