This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    Day 4.
    Assalamualaikum.
    Hari keempat. Harini exam Maths. Well daripada dulu sampai sekarang aku memang tak pernah minat math. Benci menyampah meluat geli takut fobia trauma ah semua yang buruk-buruk lah.
    Dan exam pagi tadi was so killing me. Paper 1 dah macam puaka. Susah gila weh. Aku rasa macam nak mati dalam dewan tu jugak. Toleh orang kiri kanan pun muka tension-tension cari jawapan. So, aku buat yang mana aku tahu buat *ayat pasrah* dan main bulat je yang mana aku tak tahu *ayat sedih*.

     Aku selalu kena macam ni!

    Haaaa! Ada yang tak kena ni. Kena check jalan kerja balik ni.

     Bila keluar dewan, budak semua cakap "Peh senangnya math tadi. Nak mati aku dibuatnya" "Peh susah sial soalan math tadi" "Weh korang, gila kan soalan math tadi". Aku hanya diam berpasrah benda yang lepas jangan dikenang. Then, aku, Mea and Sofiya terus pergi kantin nak mencekik ah apa lagi. Dah stress jawab math tadi makan lah sampai kenyang. Makan punya makan, bual punya bual, tetiba tengok jam lagi 15 minit exam math paper 2 nak start. Biasanya sebelum exam bermula, kena masuk dewan 20minit lebih awal lah. Apa lagi, aku dengan budak-budak ni terus berjalan laju (bukan lari. jalan dengan langkah yang laju). Masa on the way nak pergi dataran tu, cikgu dekat atas nampak kitorang dan cakap "Cepat. Dah beratur tu". Langkah makin laju. Bila sampai dataran je, budak semua dah beratur. Then naik atas sebab nak letak beg and ambil exam slip and IC tu semua. Rilek-rilek. Budak lelaki ramai lagi yang belum ada. Diorang pi keluar naik motor cari makanan ke apa entah aku tak tahu. Sempat lagi tu. Rehat setengah jam je.
    Naik dewan dan exam bermula. Hm soalannya taklah susah sangat. Tapi ada jugak soalan yang aku tak boleh jawab. Masa buat latihan, aku boleh je buat. Tapi bila dapat kertas, i was like "Apesal soalan ni lain daripada yang lain. Kenapa tak sama dengan yang aku buat latihan semua ni ciss". So, dah tak tahu tu, kosongkan jelah. Masa tengah buat graph, pensel aku boleh pulak tumpul. So then aku ambillah pensel lagi satu. Pun tumpul. Aduhhhh mana aku nak cari sharpener ni. Dah buntu-buntu ni, aku pun buat jelah. Graph tak cantik pun tak cantiklah. Aku pasrah. Lagi setengah jam masa nak tamat, ramai budak yang dah keluar dulu. Stress agaknya. Ataupun sebab diorang pandai sangat sebab tu diorang boleh jawab dengan cepat. 20 lagi masa nak tamat, aku terus kemas pen pensel tu semua dan terus keluar dewan. Malas aku nak tunggu lama-lama. Mesti budak-budak sebelah semua cakap "Fuyooo mesti Reen boleh jawab semua ni. Cepat seh dia jawab" Haha diorang tak tahu yang aku main hentam je. Bila dah keluar dewan, aku terdengar ada orang tarik kerusi (maklumlah kerusi kayu. bila bergerak satu sekolah dengar). Aku rasa itu Sofiya. Dah agak dah. Memang dia. Aku tahu sangat dia tu. Bila aku keluar dewan, mesti beberapa saat kemudian dia follow aku haha nilah namanya kawan sejati. Then pergi dataran sebab nak ambil beg. Ambil handphone, aku terus tweet "Peh gila ah soalan math tadi. Aku macam nak mati dalam dewan tu jugak". Beg Mea is still there. Means dia belum turun lagi. Aku dan Sofiya tertanya-tanya dimanakan gerangan si cantik Mea ni? Haii takkan tak habis jawab math lagi kot. Padahal dialah yang selalu keluar dewan cepat. Tanpa menunggu dia sebab malas, aku dan Sofiya pun terus balik.
    The End.




    Post by Reen Azreena @ 8.11.12 | 0 Comments