This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    Day 5.

    Assalamualaikum
    Dah hari kelima dah aku exam. Harini paper pendidikan islam.
    Kau dengar cerita aku dulu ni ey. Masa tu subuh. Aku tengah siap-siap nak pergi sekolah. Nak exam. Dah siap-siap tu semua, aku terus breakfast. Makan roti je kot masa tu. Tiba-tiba handphone aku bunyi. Aku terus bergegas berlari angkat panggilan tu, siapa entan yang call. Dia cakap harini kan takda exam. So tak payah datang sekolah. Then aku pun tudung dan terus tidur. Aku tidur dengan baju and kain sekolah. Tiba-tiba mummy aku kejut "Lin bangun lin. Dah lambat ni". Aku jawab "Harini takda paper lah mak. Tak payah datang sekolah". Aku terus bangun. Eh aku mimipi jelah tadi. Eh aku dah lambat ni. Serious memang aku cuak gila weh. Mummy aku terus geleng kepala. Masuk pukul 7.15. Mana sempat ni. Aku mandi dah 20 minit. Nak siap-siap lagi. Aku siap-siap pagi tadi dengar hati gelisah, mandi laju-laju. Pakai baju laju-laju. Aku buat semua laju-lajulah. Aku tak lengahkan masa lagi. Yang amazingnya, aku boleh siap semua dalam 15 minit hahaha. Gerak dari rumah pukul 7.05. Sampai sekolah pukul 7.15 lah. Sebelum ni aku pernah datang lagi lambat. 7.30 baru sampai sekolah. Masa tu paper maths tak silap aku.

    Modul yang cikgu bagi tu memang keluar exam tadi. Alhamdulillah aku boleh jawab. Tak semua. Aku tak jawab yang hukum tajwid tu je. Aku memang lemah betul dalam hukum hakam tajwid ni eiiii tak minat langsung. Yang lain tu semua aku bolehlah jawab sebab aku baru baca pagi tu. Tapi ada jugak yang aku lupa. Hm ni kalau tak dapat A ni, uhuks mesti aku sedih siot. Macam biasa, aku keluar dewan cepat. Malas nak duduk lama-lama dalam tu. Dahlah duduk bawah kipas. Asyik nak terkencing aku dibuatnya. Keluar cepat balik pun cepatlah.
    Esok exam add maths. Dan aku tak patut tak datang sekolah. Memang tak payah datang pun sebenarnya, Orang lain yang exam, buat apa kita nak sibuk-sibuk kan.




    Post by Reen Azreena @ 19.11.12 | 0 Comments