This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    Day 6.
    Assalamualaikum
    So harini hari keenam. Harini paper science.
    Jap nak cerita pasal malam tadi dulu. Aku kena marah dengan daddy aku malam tadi. Uhuks sedih siot. Daddy aku jarang marah aku. Jarang memang jarang. Well aku anak manja (bukan perasan. ini kenyataan). Aku kena marah sebab aku asyik main Twitter je. Aku belajar dalam bilik tak sampai setengah jam, dah keluar main pc. Then masuk bilik balik. Dalam bilik tu bukan 100% pun aku baca buku. Pegang buku tapi otak pergi Istanbul sana haa. Hm now aku dah okay dah dengan daddy aku. Kan. Sekejap je tu haha. Hubungan anak dengan bapa tidak boleh dipisahkan seperti pepatah "Bagai air yang dicincang takkan putus".
    Lets carry on. Science paper 1 memang senang. Bagi aku lah. Paper 1 aku tak keluar dewan cepat sebab takda siapa yang keluar. Hm bengang ah aku kalau aku sorang je yang keluar. Bila dah pergi dataran, siot Mea dah cabut balik rumah. Peh bukan nak ajak ek. Masa rehat tu semua busy baca buku. Kantin tak bukak. Kalau bukak, semua pergi mencekik, buku entah kemana. Budak tengah busy busy baca buku, aku buat kerja lain. Aku tweeting haha.
    Science paper 2 okay boleh tahan susah. Aku jawab dulu soalan yang aku aku boleh jawab. Then termenung. Lama ni aku termenung. Tiba-tiba Sofiya tarik kerusi dia then terus keluar dewan. Gila cepat dia siap. Aku takut dia tinggalkan aku nanti, aku pun terus siapkan cepat-cepat. Hentam hentam hentam yang aku tak tahu. Mampos mampos salah pun salah lah. Bila dah keluar dewan je, Mea sekali lagi dah cabut balik dulu. Okay cuti seminggu dah bermula.
    Aku ada kawan dengan sorang lelaki ni. Baru kenal semalam. Nama dia Hafiz Ifwat (aku tak tahu ni nama betul dia ke apa). Hm dia boleh tahan handsome (muntah), dia baik (aku lagi baik), dia sporting (sporting lah sangat). Baru kenal dah macam lama kenal. Dia suka bergurau. Aku pun layan. Suka suka aku suka. Sejujurnya aku tak ada hati pun nak cerita pasal dia ni. Dia yang gatal suruh aku selitkan nama dia. Haha siap suruh masukkan gambar lagi. Tak payah nak besar besar lah kan Ifwat? Haha okaylah bye.





    Post by Reen Azreena @ 21.11.12 | 0 Comments