This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    Day 7.

    Assalamualaikum.
    So harini paper perdagangan. Ada ke patut Fikry cakap dekat aku "Selamat berdagang". Haha kau ingat aku nak berniaga ke apa dekat dewan tu. Pagi tadi aku sedar dalam pukul 4 pagi. Alang alang dah bangun tu, aku baca nota perdagangan kejap. Kejap je memang kejap. Mungkin sebab mengantuk sangat aku boleh tertidur. Tetiba mummy kejut. Tengok jam dah pukul 6.05. Aku terus ambil wuduk sembahyang then terus mandi. Hati risau ni sebab tak refresh balik apa yang aku baca malam tadi. Takut lupa. Tak payah takut takut, memang aku ni cepat lupa pun. So niat pagi pagi dekat sekolah nanti nak baca buku dekat sekolah. Datang datang sekolah je, budak ni terus bukak cerita pasal perempuan yang takda dara tu. Fake lah apa lah eh semua lah. Buku entah kemana. Bergosip sampai nak sampai masa masuk dewan. Tak guna punya kawan. Bukan nak nasihatkan aku suruh baca buku ke apa. Syaitan tu syaitan.
    soalan paper 1 ada yang senang, ada yang susah. Memang adatlah kan soalan puaka puaka macam tu. Habis masa exam pukul 9.15 tapi pukul 8 lebih aku dah keluar dewan. Macam biasa. Aku mana boleh tahan lama lama dalam dewan tu. Then Liya ajak makan. Haa cantik ah tu kebetulan perut aku memang lapar. Aku tinggalkan Sofiya sorang sorang. Tetiba terjumpa cikgu Mustaffa (cikgu yang ajar perdagangan) (mampos mampos mampos nanti dia tanya macam macam pasal soalan tadi)

    Cikgu: Eh dah habis pekse ke?
    Aku: Belum. Kitorang yang keluar cepat. Soalan senanglah cikgu.
    Cikgu: Senang? Alhamdulillah.
    (Liya dah gelak gelak je eh aku hempok kau kang. Bukan nak back up aku tadi)

    Masa nak turun sekolah tu, ada sorang cikgu cina dia panggil kitorang. Tak tahu dia nak apa. Dia tak kasik kitorang keluar sekolah kot. Mampos mampos. Then aku, Liya, Aiman, Syafeq and Syahir terus cabut keluar pergi cari makan. Aiman, Syafeq and Syahir dah pecut laju. Masing masing mAt rEmpItzZz. Liya bawak motor biasa je. Dahlah aku tak pakai helmet habis tudung aku berterbang terbangan cewahh ayat. Sampai traffic light jumpa balik si Aiman, Syafeq and Syahir. Memang kelakar. Tayar motor Aiman boleh pancit pulak dekat situ. Ada lori terbalik dekat tepi jalan tu. Aku tak mampu nak menolong. Apakan daya aku. Aku hanya mampu ambil gembar je masa tu. Then makan dekat kedai makcik Liya. Makan mee goreng and teh tarik je. Aku yang belanja Liya. Ada rumput ada lembu, bila bila kau pulak belanja aku. Aiman, Syafeq and Syahir makan ka mana entah. Bukan nak sama sama ek. Dah kenyang tu balik ah. Liya boleh belok pergi rumah dia pulak. Hm cepat Liya cepat. Dah 9.30. Then terus naik sekolah. Aku cakap naik sebab sekolah atas bukit.
    Alhamdulillah paper 2 senang. Aku keluar dewan 15 minit terakhir. Dan akulah perempuan melayu pertama yang bangun dulu nak keluar dewan haha then intan bangun. Diikuti oleh Liya dan Sofiya. Cantik. Aku, Liya, Sofiya, Aiman, Syafeq and Azwan lepak dataran kejap ambil ambil gambar apa semua. Ingatkan nak lepak lama sikit. Nak conteng baju Liya sebab dia dah habis exam dulu wuuuuuuuuuuuu jelous siot. Tapi mummy aku siap jemput aku dekat atas lagi. Amboi anak mak. One paper to go. Sabo Reen sabo.




    Post by Reen Azreena @ 27.11.12 | 2 Comments