This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    Day 8 (the last day)

    Assalamualaikum.
    Aku dah habis exam woi. Woi exam aku dah habis. Exam woi dah aku habis. Habis dah spm aku woi. Aku exam dah woi habis (yang ni pelik bunyinya).
    Harini exam psv2. Exam start pukul 2ptg. Tapi aku datang sekolah pukul 10 sebab nak pulang buku teks. Then balik rumah. Pukul 1.30 datang sekolah balik.
    Exam psv tu 3jam bapak lama siakk. Dari pukul 2 sampai pukul 5. Percaya atau tidak. Kau kena percaya jugak. Aku melukis benda tu semua setengah jam je. Ada lagi masa 2jam setengah. Aku melukis dengan gaya profesional cewahhh. Bila dah siap. Aku melangok je dalam dewan tu sampai 1jam. Takda pun orang yang keluar. Aku takut nak keluar sorang sorang. Memang kelakar okay. Meon dah conteng baju dia guna water colour dalam dewan tu. Then aku bangun pergi depan and aku bawak kertas lukisan aku tu sekali then ambil spray dekat atas meja depan then keluar dewan sebab nak spray tu semua. This is for hilangkan habuk colour pastel. Masa tengah spray tu, ketua pengawas and sorang lagi pengawas peperiksaan keluar. Diorang cakap lukisan aku lawa. Aku tersenyum sebab dia puji lukisan aku dan aku senyum sebab dua dua cikgu tu handsome ahaks gatal aku. Then aku bawak dewan balik dan aku terus kemas barang aku dah keluar dewan. Dengan bangganya akulah orang pertama yang keluar dewan. Bila dah dekat dataran, ada lah dalam dua tiga empat lima orang yang follow aku. Cehh aku keluar, baru semua nak keluar sibuk betul. Budak lain ramai yang dah turun. Terjerit jerit sana sini situ sampai dewan atas boleh dengar. Conteng conteng baju. Aku conteng baju budak tu. Budak tu conteng baju aku. Budak sana conteng baju budak situ. Budak situ conteng baju budak sini. Geng aku belum keluar lagi ni. Tengah berseni lagi dekat atas tu. Tetiba (guruh berdentum) cikgu disiplin datang dengan cekak pinggang dan cakap "Dah dah pergi balik rumah". Budak semua terus turun bawah dan Faiz sempat lagi cakap "Cikgu, sign sikit dekat baju saya ni". Cikgu pun sign hahaha. Then lepak wakaf sebab masa tulah hujan nak turun. Cikgu disiplin and pengetua pun lepak situ sekali haha cool. Ingatkan diorang marah sebab kitorang conteng conteng baju tapi rupanya tak marah pun. Cikgu tu cakap budak form5 tahun ni lah yang paling gila haha memang pun cikgu. Suasana makin meriah bila makin ramai yang lepak situ. Kelas aku lah yang paling harok. Hm aku tak tahu macam mana hidup aku kalau tak dapat jumpa korang lagi lepasni. Hm mesti sunyi. Seronok punya seronok, mummy aku dah sampai nak jemput aku. Serious hati aku rasa macam. Macam sedih pun ada. Hati aku yang kekonon cekal ni pun ada hati nak rasa sedih. Make sure lepasni kita sentiasa jumpa k kawan kawan.
    Apa lagi. SPM pun dah habis. Dah boleh cari kerja dah ni. Hm boleh ke. Boleh ke aku kerja. Aku mana biasa. Bukan tak biasa. Tak pernah. Aku tak ada pengalaman. Daddy aku pun macam tak kasik aku kerja. Daddy suruh aku pergi mana mana kursus yang aku minat. Hmm boleh jugak. Hm tapi tengoklah dulu.


















    Post by Reen Azreena @ 29.11.12 | 4 Comments