This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    Day 1.

    Assalamualaikum
    Hari ini hari 5hb November. Hari apa ni? Hari ini hari isnin. Dan hari peperiksaan SPM bermula *guruh petir berdentum*

    1) Pagi tadi aku bangun pukul 4 pagi sebab nak refresh balik semua apa yang aku dah baca malam tadi. Well otak aku punya ingatan ni bukan kuat sangat.
    2) Gerak pergi sekolah cepat daripada biasa. 6.50 gerak dari rumah. Sampai sekolah, hujan turun tak lebat sangat. Mummy hantar sampai kantin sekolah dan sekolah sunyi lengang je macam tak ada budak datang sekolah. Oh rupanya yang datang sekolah harini budak form5 and budak form4 je.
    3) Then pergi dataran, letak beg apa semua, aku keluarkan buku. Jumpa kawan then berbual panjang lebar tetiba cikgu cakap "Okay murid-murid semua dah boleh beratur dekat koridor sana". Kimak aku tak sempat baca. Salah kau lah kawan aku tak sempat nak scan balik.
    4) Dengan kaki yang menggigil, aku berjalan menuju ke arah destinasi amboi apesal skema sangat ayat aku ni. Okay-okay, dengan menggigilnya, aku berjalan dan dan dan tetiba aku rasa nak terkencing. Mungkin sebab sejuk, yelah hari hujan atau mungkin sebab aku takut dan lepas tu terus masuk dewan dengan melangkah kaki kanan dulu. Well kena ikut adat. Fuyooo rasa berdebarnya tak terkata weh. Harina lagi punya gigilnya macam baru lepas kena hujan atau macam baru lepas kena rogol.
    5) Bila masuk dewan je, wah dah rasa dah bahangnya. Terdengar suara ketua pengawas peperiksaan bagi arahan. Pehh handsome siakkk. Muda lagi ni dah kahwin ke belum ni amboi aku. Memandangkan aku duduk depan, memang asyik TERpandang muka dia jelah kan. Ter je ter je.
    6) Mula menjawab kertas Bahasa Melayu 2. Bapak susah. Bapak siapa yang susah? Bapak kertas tulah. Konon je soalan ramalan tu confirm keluar. Puihhhh sepatah haram pun tak keluar weh. Buat penat je aku hafal karangan yang berjela sampai lima enam muka surat tu. Okay lepasni aku tak nak percaya dengan soalan ramalan or spot lagi dah. So, soalan dah susah, jawab pun entah pape jelah kan.
    7) Dah habis jawab, keluar dewan ah apa lagi kan. Rehat makan lah. Tak sentuhn buku PSV 1 pun sebab soalan aneka pilihan boleh main tembak je. Salah nasib, betul untung ah kan.
    8) Then masuk dewan, jawab soalan tu semua tak sampai setengah jam weh. Bukan senang sangat, dah aku main hentam je, siap cepatlah kan. Dan aku baru tahu kalau dah habis jawab paper, kita boleh keluar dewan. Memandangkan aku siap cepat, aku pun keluar dewan cepatlah.
    9) Dah pukul 12.125. Ada yang balik rumah membuta dulu, ada yang stay dekat sekolah je. Aku lepak kantin, dewan dan surau jelah. Hujan masih belum berhenti.
    10) Sebelum pukul 2 petang dah kena ada dalam dewan. Macam biasa, mana ada soalan senang kan. So, overall memang senang. Ehhh.
    11) Habis jawab pukul 4.30 tapi keluar dewan 4.50 peh lambat siak. Kesian mummy aku tunggu lama dekat bawah tu.

    Tamat dah cerita hari ini. I will update how goes exam tomorrow. Bye.




    Post by Reen Azreena @ November 05, 2012 | 0 Comments