This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    3hb Februari 2013
    Assalamualaikum.
    Ni cerita semalam. Semalam tak sempat nak post entri sebab busylah sangat.
    Semalam ada program My Beautiful Day and Pelancaran im4u dekat stadium muar. Benda ni dari jumaat haritu kot. Kot lah. Aku tak sure start hari jumaat ke sabtu. Aku dapat pergi semalam je. Pergi sana naik bas belia punya. Kata bas datang pukul 6.30 pagi. Pukul 5 aku dah siap siap. Breakfast pun tak sempat. Last last pukul 7 jugak baru sampai. Sampai sana je, suasana dah meriah. Agak semua ni datang subuh subuh ke apa. Memang sesak. Datang datang je terus dapat baju and terus buat kerja. Kerja amal. Gotong royong bersihkan sampah. Semua buat kerja. Aku hanya pegang plastik sampah yang warna hitam tu dan jalan jalan ronda ronda je. Bukan malas nak buat kerja. Saje je nak buat macam tu. Cuci cuci mata.
    Bila TPM, YB YB tu semua berucap, aku dah mula bosan. Pundi ni dah lama dah ni tahan kencing. Then aku ajak nurul pergi toilet. Pehh beratur panjang weh. Tak sanggup aku nak tunggu. Nurul ajak aku pergi petronas dekat area area situ. Hm boleh jelah. Daripada berjanggut tunggu situ, baik berjalan sikit. Bukan sikit, banyak. Jauh jugak petronas tu. Takpe. Nak kencing punya pasal. Tiba sana je, budak budak yang dekat stadium tu pun rupanya pergi toilet situ jugak. Ah kacau je. Macam manalah diorang boleh terfikir nak pergi situ. Ceh macam aku sorang je yang akal panjang. Idea nurul sebenarnya tu. Tengah duduk dekat tepi longkang tu, tengah termenung, tengah tahan kencing, si alep call dia kata nak jumpa. Kejap je dia sampai. Dia naik viva, bawak adik. Adik dia comel je and pendiam. Abang kecoh nak mampos. Then dia ajak aku pergi econsave teman dia beli barang dapur. Otak berjalan. Ha boleh jugak. Dekat econsave ada toilet. Aku pun ikut dia. Ajak nurul sekali. Sampai sana je, aku terus cari toilet dan ahhhhhhhhh lega. Lama dah ni aku tahan.
    .........
    .........
    ........
    .........
    .........
    .........
    .........
    Ada babak yang tak boleh cerita. Biarlah rahsia. Kbye.





    Post by Reen Azreena @ February 04, 2013 | 0 Comments