This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    I'm Back.

    Assalamualaikum.
    Peh gila lama siak aku ignore blog aku. Hm last aku update 19hb 2. Kalau dulu dulu everyday aku update kan. Maklumlah sekarang aku dah bekerja-ya. Bukan bekerjaya tapi bekerja ya. Hati hati dengan sebutan. Oh okaylah kalau tak nak confuse. Bekerja ye. Ha faham dah? Hm macam tu lah ceritanya. Aku kan dah kerja sekarang. So busy memang takda masa nak main internet apa semua. Tweet pun dah jarang. Kalau dulu dulu satu hari tweet lebih dua ratus sampai satu hari tu berkali kali kena twitlimit. Tapi sekarang satu hari aku tweet tak sampai 10 kot. Sikit kan? Pagi pagi buta dah kena pergi kerja. Kadang kadang balik petang. Petang petang tu memang time aku tidur. Kadang kadang balik malam. Dahlah penat, balik malam pulak tu. Terus membuta lah apa lagi. Kadang kadang masuk petang balik malam. Aku bangun dahlah lambat. So pagi tu aku habiskan masa untuk tidur. Dah nak masuk kerja baru kelam kabut nak makan mandi apa semua. Masa tak sistematik. Itulah aku. Hm kerja memanglah tak penat sangat. Banyak duduk duduk je tapi hm kepenatan tu masih terasa. Hm bila fikir balik, okay apa daripada aku duduk rumah membesarkan bontot je kan. Dapat gaji je duit terus habis. Aku memang tak reti nak simpan duit ah. Eh bukan tak reti, memang tak boleh lah. Bila dah keluar dengan kawan kawan, ada je benda yang nak dibeli. Aku yang kena tapau budak budak ni pulak tu. Dahlah gaji aku ciput. Kadang kadang duit aku sendiri yang kena keluar. Hm aku saje cakap. Aku ikhlas sebenarnya nak belanja kawan kawan aku. Saje je nak panjangkan entri ni. Hm apa lagi. Oh ye 20hb ni............... result spm keluar omg omg omg i cant believe this. Kalau dulu dulu spm habis je, aku kata "Tak sabar nak tunggu result keluar. Aku nak tengok apa hasil usaha aku selama ni" ni monolog tau. Aku tak cakap dekat sesape pun. Kalau aku cakap dekat kawan kawan aku confirm aku kena belasah. Sebab tak reti menyabo. Baru habis spm dah fikir pasal result. Orang patutnya enjoy dulu. Result tu ke tepikan. Tapi bila hari yang dinantikan semakin tiba, cuak gelabah gelisah takut kecut eh semua ada alah. Rasa macam tak sanggup nak tengok. Ye aku sedar aku ni taklah pandai mana pun. Aku takut result tu teruk. Parents aku pun kecewa. Hm aku nak parents aku menangis sebab kejayaan aku, bukan sebab result aku teruk. Nasi dah jadi bubur. Benda dah lepas kan. Tawakal redha dan berserah kepada Allah jelah. Hm cerita pasal nasi dengan bubur, aku tengah kebulur ni. Dari malam tadi aku tak makan. Bukan apa, aku kalau dekat tempat kerja, aku tak makan sangat. Entahlah tak tahu kenapa dekat sana perut aku tak reti nak rasa lapar. Balik rumah baru nak rasa lapar tahap kebulur. Kalau balik kerja dah malam malam tu, balik rumah tak reti nak mandi dulu, tukar baju dulu ke apa. Tapi aku terus makan. Tapi selalunya, i repeat selalunya aku balik rumah makanan langsung tak ada. Bukan nak kutuk mak sendiri lah ek, mak aku ni malas masak. Asyik makan dekat luar je. Kalau tak makan dekat luar, beli dekat kedai bungkus bawak balik. Beli cukup cukup je. Untuk aku punya tak ada. Hm cedih camni. So nanti kalau aku makin kurus ke apa jangan tanya kenapa lah kan. Hm banyak lagi cerita ni. Nak cerita banyak banyak pun buat apa kan. Orang bukannya nak baca. Buat penat jari aku je manaip panjang panjang. Hm okaylah bye.




    Post by Reen Azreena @ 11.3.13 | 0 Comments