This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    New life just begun.

    Assalamualaikum.
    Well hello there world. Alhamdulillah aku masih hidup sampai ke hari ini. Memang busy gila sejak dua tiga empat lima menjak ni. Aku punya busy tu... ha ni lah. Sampai tak sempat nak update blog. Tapi online twitter boleh je selalu. Hm twitter online guna tab boleh lah. Ni kalau nak taip panjang berjela guna tab memang tak lah kan. Memang banyak cerita yang nak diceritakan ni. Memang banyak. Aku tak rasa aku nak cerita kesemuanya tu. Memang tak lah kan. Memang tak.
    Hm guess what guys? Aku dah jadi student IPT dah sekarang wohooooo. Rasa macam tak percaya je aku doh. Tak sangka aku dah masuk alam remaja. Agak selama ni aku dalam alam apa? Tak sangka aku dah masuk alam IPT. Hm aku masuk Kolej Universiti Islam Melaka. Agak tercerut sikit tempatnya. Nak kata sikit, macam banyak. Hm pun bolehlah. Memang jauh dengan bandar. Ada pekan pun alahai kampung sangat. Dekat sini aku ada ramai kawan. Baru seminggu lebih dekat sini dah dapat ramai kawan. Nampak tak kemarahan eh salah, keramahan aku? Kawan baru tu letak belakang cerita dulu. Aku ada tiga orang kawan dari sekolah lama. Ada yang satu kelas lagi masa sekolah dulu. Dulu masa dekat sekolah tak geng sangat tapi dekat sini terus jadi hm nak kata kawan baik pun boleh lah. Tapi tak tahu lah kalau diorang tak anggap aku ni kawan baik diorang. Hm okay tak sedih pun. Hati masing masing kan. Mana boleh paksa paksa. Yang lagi bestnya, ada dua orang kawan aku ambil course sama dengan aku. Oh ye, aku kan dapat tawaran pengurusan hotel. Sampai sana aku terus tukar course kaunseling. Ada ah sebab sebabnya kan. Yang lagi best gilanya dua orang tu jugak satu kelas dengan aku. Nampak tak jodoh persahabatan kitorang? Tak nampak? Kbye.
    Hm KUIM ni yang tak bestnya, tempat/kawasan/suasana dan yang sekutu/sekuman dengannya. Tempatnya solok gitu. Jauh dengan bandar. Eh rasa macam dah cerita dekat atas. Teruk betul ingatan aku hm nak cerita apa lagi ni.
    Rumsis. Rumsis ni maksudnya rumah siswa. Rumsis aku tingkat atas sekali oi. Baru naik tingkat satu tu pun aku rasa macam kaki aku ni nak tercabut. Ni lagi nak naik tingkat empat. Penat tak penat, itulah yang aku kena lalui setiap hari. Orang kata tangga bagus untuk kesihatan. Tapi dia tak tahu yang tangga ni banyak makan masa. Dah lah lama nak lepas tangga tu. Pulaknya aku ni jenis pelupa. Dah tiba tingkat dua, time tulah baru teringat yang ni tertinggal lah, tu tertinggal lah. Dah kena naik tangga balik ambil benda yang tertinggal tu. Housemate semua sporting. Bagus aku suka. Semuanya satu course cuma tak sama kelas je.
    Makanan. Asrama aku dengan cafe tersangatlah jauh. Oleh sebab perut aku ni cepat lapau (amboi bahasa orang melaka) aku sanggup jalan jauh jauh sebab nak makan. Berdekatan dengan asrama aku tu ada kedai makan jugak. Kedai Makan Mak namanya. Bila malas/penat nak jalan jauh, memang makan situ jelah.
    Pakaian. Dekat sana memang undang undang ketat. Kena pakai baju kurung je. Takpun jubah. Jubah yang moden sangat pun tak boleh. Yang glamour glamour sangat pun tak boleh. Nak keluar dari asrama pun kena pakai baju kurung je. Hm dah kolej islam kan.
    Fakulti. Lagi jauh perjalanannya dari asrama nak pergi fakulti. Memang aku boleh kurus kering hidup dekat sana. Tangga satu hal, jalan kaki pergi fakulti dah dua hal. Penat tu boleh masuk dalam hal ketiga. Itulah untungnya siapa yang ada kenderaan dekat sana. Aku pun nak kata boleh jugak ada kenderaan dekat sini. Tapi tu kereta akak aku. Aku cuma boleh guna time dia tak guna jelah hmm mak, ayah, nak jugak kereta sebijikkk.
    Line. Line dekat sana boleh tahan lembap. Line maxis, line internet tu semua lah. Kalau topup dekat sana memang masuk lambat. Ingatkan akak topup tu lambat masukkan ke apa. Rasa macam nak maki hamun akak tu pun ada jugak. Rupanya line yang buat hal. Line internet dekat sini memang lambat. Hm ada wifi pun tak guna. Ada tempat yang boleh connect tapi lambat loading. Ada tempat yang tak boleh connect langsung.
    Apa lagi hmm rasa macam banyak lagi cerita tapi aku rasa cukuplah sampai sini je. Okaylah bye.




    Post by Reen Azreena @ June 10, 2013 | 0 Comments