This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    Berani buat berani tanggung
    Assalamualaikum
    Manusia tak lari daripada melakukan kesalahan. Akulah manusia tu. Manusia yang sering melakukan kesalahan hanya demi kepentingan diri sendiri.
    Harini hari sabtu. Yang aku nak cerita ni semalam punya cerita. Oleh sebab semalam aku busy dan harini (malam ni) barulah aku ada masa nak update entri ni.
    Hari jumaat hari dimana ahli PBSM (Persatuan Balik Setip Minggu) semua balik rumah. Sebelum hari jumaat tu kitorang digempurkan dengan satu berita bahawa cuti sem 1 minggu ni dibekukan sebab ada orientasi fakulti. Ahli ahli pbsm memang menangis dengar berita ni. Orientasi fakulti ni sepatutnya dibuat masa mula mula masuk dulu. Ni tak, dah sebulan belajar dekat kuim ni barulah nak buat. Lama ni fikir nak balik ke tak nak sebab benda ni katanya diwajibkan pergi. Katanya kalau tak pergi nanti nama kena blaclist lah, dekan nak jumpa lah, nanti pointer kena tolak lah. Itulah kata kata senior. Senior sememangnya dengki. Tu semua hanyalah ugutan semata mata. Kalau betul apa yang diorang tu cakap, tak ke merana aku. So dengan perasaan yang sedih, aku buat keputusan minggu ni tak balik. Hm baru nak jadi ahli aktif pbsm...
    Hari jumaat tu pukul 2 dah kena daftar minggu taaruf fakulti tu. Kaki dengan berat langkahnya pergi ke fakulti dalam pukul 2 lebih. Memang sengaja dilambatkan. Fakulti sastera dan sains sosial sememangnya meriah. Pelik kenapa mahasiswa mahasiswi tidak mempamerkan wajah yang sedih? Kenapa semua muka happy je? Seronok ke tak dapat balik? Senior cakap orientasi ni best. Okay aku nak tengok macam mana dia punya best tu. Beratur punya beratur, tengok orang yang tengah daftar tu kena bagi kad matrik sekali. Oh pandai. Diorang tak nak kitorang semua cabut lari masa orientasi dijalankan. Tiba giliran eyka nak daftar, dia toleh belakang tengok aku dan cakap "Weh jom cabut" mangkuk betul asal baru nak ajak. Cuak jugak ni nak cabut ke tak nak. Aku dah depan sekali ni. Last last aku tarik eyka pergi belakang sekali. Bincang punya bincang last last aku dengan eyka sorokkan kad matrik olok olok dah daftar then kitorang pergi toilet. Kau memang kejam reen. Dah nekad dah ni nak balik. Perasaan takut tu tipulah kalau takda. Mana taknya sem 1 dah berani buat macam ni. Sem 2 sem 3 sem 4 sem 5 sem 6 nanti lagi teruklah kot apa yang aku akan buat. Nak buat jahat, kita kena pandai. So aku dengan eyka menyelinap keluar dari fakulti tu ikut semak, ikut belakang bangunan tu semua. Serious macam ninja aku cakap dekat kau. Bila dengan jayanya aku keluar dari fakulti, kitorang berjalan lagak macam senior dah sem 2 dengan kad matriknya tak ada ah lantak. Then aku dengan eyka terus bergegas naik rumsis sebab nak ambil barang yang nak bawak balik rumah. Eyka balik rumsis dia, aku balik rumsis aku. Aku tergamam bila dah tiba depan pintu rumsis. Berkunci. Okay sekarang macam mana aku nak masuk. Otak berjalan. Aku panggil eyka naik tingkat rumsis aku. Aku dengan eyka panjat kerusi naik dinding dapur then masukkan tangan dalam tingkap bukak apa namanya tu err yang kunci bukak tingkap tulah aku tak tahu namanya ah whatever. So bila tingkap tu dah terbukak, aku pulas tombol pintu dan kunci terbukak dan pintu terbukak dan aku pun masuklah. Agaknya macam nilah perompak perompak buat. Patutlah senang senang je diorang pecah masuka rumah orang. Dekat sini bukan nak kata yang aku ni perompak. Ala rumah sendiri kot. Then aku pun terus masuk bilik kemas apa benda yang aku nak bawak balik. Then kitorang turun bawah. Tiba depan pondok jaga, buat muka selambanya lalu depan mak guard. Nasib baik dia tak toleh kitorang masa tu. Memang lepas ni. Bila aku melangkah pintu keluar, dalam hati ni ya Allah sukanya. Dalam hati ni jugak ya Allah ampunilah dosa aku. Rasa menyesal tu ada jugak tapi aku peduli apa asalkan aku dapat balik kahkah. Akhirnya aku pertahankan persatuan aku.
    Bukan aku sorang. Bukan aku berdua je dengan eyka. Memang ramai yang tak pergi orientasi tu. Ada yang lepas subuh dah balik. Yang ni aku perli paan. Ada yang menyorok dalam rumsis sanggup terperap dalam bilik sebab tak nak join orientasi. Yang ni aku perli harith. Ramai lagi yang lebih kejam daripada aku. Jangan nak seronok sangat, ni aku dengar cerita yang tak pergi orientasi ni, kena join orientasi yang third intake punya nanti. Nak buat jahat lagi ke reen? Plan apa lagi yang aku nak buat ni? K dah habis cerita. Cerita ni janganlah dijadikan teladan atau contoh. Sekian terima kasih.




    Post by Reen Azreena @ July 06, 2013 | 0 Comments