This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    Masalah.
    Assalamualaikum
    Ada banyak jenis masalah yang manusia alami. Contohnya adalah masalah peribadi, masalah dengan keluarga, masalah dengan kawan kawan dan sebagainya. Haiwan juga turut mengalami masalah.
    Tak asal aku ikut format sebenar bm ni.
    Semua masalah ada penyelesaiannya dan kita kena bijak cari jalan penyelesaian. Yelah kalau tak bijak atau dalam kata kasar 'bodoh' sampai ke sudah masalah tak settle settle ye tak? Ye setiap masalah ada jalan keluarnya. Ada manusia yang bila ada masalah sikit je terus give up kadang kadang ada yang sampai telan racun lah nak bunuh diri lah. Itu semua gila. Gila tahu gila? Istighfar banyak banyak. Tawakal lah pada Allah dan inshaAllah akan ada petunjuk
    Ada yang bila ada masalah, dia mengadu dekat kawan kawan. Kawan baik the most. Sebab mungkin dengan kita luahkan masalah kita tu dia boleh tolong takpun bagi pendapat ke apa kan.
    Aku? Aku bukanlah jenis suka luahkan masalah atau perasaan aku dekat orang lain walaupun kawan baik sendiri. Bukan aku tak percaya dekat diorang ke apa tapi hm entahlah. Aku lebih suka settlekan masalah aku dengan sendirinya. Nanti bila something wrong happen, tak ada lah aku nak salah orang tu salah orang ni.
    Dan bila ada orang mengadu masalah diorang dekat aku, apa yang aku boleh tolong aku tolong, apa yang aku nasihat, kalau bagi kau boleh diguna pakai kau ambil. Tapi aku selalunya bagi idea yang gila. Ha kalau yang dah terang terang gila tu janganlah dijadikan teladan atau contoh. Haihh aku ni harap je belajar kaunseling. Macam mana nak jadi kaunselor nanti ni?
    Aku ada nak sampaikan sesuatu ni sebenarnya. Tapi.... Tak semua masalah yang kita boleh kongsi. Tapi berat jugak tanggung masalah ni sorang sorang dan aku perlukan seseorang untuk meluahkan segala yang terbuku dalam hati aku ni. Tapi siapa? Kadang kadang kawan baik sendiri pun kita tak boleh percaya. Yelah banyak manusia bertopengkan syaitan dekat muka bumi ni. InshaAllah ada jalan. InshaAllah semuanya akan selesai walaupun tak segera.




    Post by Reen Azreena @ 13.7.13 | 0 Comments