This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    selepas 3 minggu
    Assalamualaikum
    Apa yang selepas 3 minggu? ni entri ni. Dah 3 minggu aku tak update. Busy lah sangat. Nampak tak 'sangat' dekat situ? Ha busy betul lah tu.
    Banyak benda yang dah jadi selama 3 minggu ni. Memang tak lah aku nak cerita semua. Aku cerita yang apa yang aku rasa aku nak cerita jelah ek.
    Ni nak tanya ni? Ada lagi ke orang tengah beraya? Sebab hari raya kedua haritu aku rasa macam raya dah habis hm tu bagi aku lah. By the way, selamat ulang tahun merdeka wahai malaysia tanah tumpahnya darahku. Bila masa tah darah aku tumpah. Setakat meleleh setitis sebab kena pisau tu ye lah. Tak pun sebab accident haritu.
    Hm aku excited ni midterm dah habis. Tapi nak excited sangat pun tak boleh. Tu baru midterm. Belum final exam lagi. Sebab lain tak boleh nak excited sangat sebab final exam dalam masa sebulan je lagi im so dead. Subjek yang aku ambil ni hm nak kata susah... rasa macam senang. Memang senang. Subjek tu jadi susah kalau kita tak study lah. Kita? Err aku. Aku je kot. Cerita orang lain tu lantak diorang.
    Cerita sedihnya. Eka kawan aku, kawan dari sekolah menengah, kawan sekelas dekat kuim dan juga kawan satu hostel aku dah berhenti kuim dah huhu sedihnya. Dia dapat poli course yang dia minat, electrical engineering. Pergilah kau main dengan elektrik sana. Bukan aku nak halang dia supaya jangan berhenti kan. Apa hak aku nak tentukan masa depan dia? Hak kerakyatan jus soli. Tak memasal. Siapa yang nak tolak tawaran yang jauh lebih baik daripada kuim ni kan. Pergilah eka pergilah. Pergi. Pergi kejar cita cita kau. Dah berjaya dah kaya ekau jangan nak memyombong dengan den yo. Dah tinggal aku berdua je dengan ayu hm.
    Cerita sedihnya lagi, atok aku meninggal malam tadi. Atok memang dah sakit sebelum ni. Sakit tua. Masa tu family aku balik kampung, atok tengah nazak. Kaki dengan tangan atok dah biru. Masa tu belum ramai yang dah balik sebab masing masing duduk jauh. Aku duduk dekat sebelah atok baca yassin. Mak pulak bisik sesuatu dekat telinga atok. Baru berapa ayat aku baca, atok dah tak bernafas. Aku sempat tengok atok hembuskan nafasnya yang terakhir. Takut tengok nafas terakhir tu. Nafas di mana malaikat maut tengah cabut nyawa atok. Sedih tengok atok dah takda. Lagi sedih bila aku tengok mak aku sedih. Aku dapat rasa macam mana sedihnya bila kehilangan seorang ibu. Sebab tu aku tak sanggup nak tengok kalau mak ayah aku pergi dulu sebelum aku. Tapi sanggup ke aku nak tengok mak ayah aku menangis kalau aku yang pergi dulu? Aku tengok je arwah atok daripada dia hembuskan nafas yang terakhir sehinggalah dia dikebumikan. Takut. Air mata memang tak boleh nak tahan daripada menitis. Dalam hati ni ya Allah macam ni ke bila aku dah mati nanti ya Allah takutnya aku ya Allah. Apa jua yang berlaku kita perlu muhasabah diri. Lagi lagi pasal kematian ni. Sudah cukupkah amalan aku untuk dibekalkan di akhirat nanti? Sudahkah aku bertaubat tebus dosa dosa yang aku pernah buat? Sedih betul cerita ni hm dahlah bye




    Post by Reen Azreena @ August 31, 2013 | 0 Comments