This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    tak rasa macam raya pun
    Assalamualaikum
    Uiiii lamanya tak update. Yelah busy kan. Sebelum ni busy kemas rumah, cat rumah, mop lantai, panjat bumbung (tipu je). Entah kenapa makin tua ni feel nak raya tu takda. Langsung takda. Yelah aku sedar jugak aku ni bukan budak budak lagi nak beraya sakan. Raya pertama je kot meriah. Time yang dengan sedara sepupu sepapat tu jelah yang best. Time tu je. Tu je. Je. Serious tahun ni memang aku tak beraya sangat. Faktor usia satu. Faktor duit raya dua. Ingatkan makin besar ni makin besar jugaklah nilai duit raya yang aku akan dapat ni tak hampeh orang makin kata "dah besar kan tak payah lah duit raya" ada jugak yang time aku hulur tangan dia cuma cakap "selamat hari raya" tapi bila budak budak hulur tangan dekat dia, dia bagi duit raya. Ini tidak adil. Selagi aku belum kerja selagi tu aku berhak dapat duit raya. Tak yang aku nak berdebat pasal duit raya ni kenapa? zzzz
    Dah malas nak cerita pasal raya. Raya macam tak raya je. Rasa macam hari hari biasa je.
    Nak kata raya sakan tak jugak, tapi kenapa aku tak buat assignment yang menimbun tu? Hai kalau buat benda lain ada je masa (ni monolog cakap dengan diri sendiri) Lumrah pelajar yang tak rajin. Memang suka buat kerja last minute. Tabiat. Amek kau kelam kabut nak siapkan assignment.
    Sedar tak sedar, cuti raya dah nak habis. Tolong tampar aku, sedarkan aku betul ke ni cuti raya dah nak habis? *Pangggggggggg* aduh sakitnya. Gila jugak aku ni berdrama sorang sorang. Kena fikir dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh eh penat nak sampai seratus ke apa ni berani ke nak tambah cuti sendiri, berani ke nak skip kelas? Hm tengoklah dulu. Tengoklah keadaan macam mana nanti. Bukannya tiap tiap minggu aku tak boleh balik.
    Btw aku ada mohon poli. Agak jauh jugak tempat yang ditawarkan. Tersangat jauh. Memang aku akan dibubarkan daripada menjadi ahli PBSM. Aku terpaksa pilih tempat tu sebab memang tu je pilihan yang dia bagi -,- InshaAllah kalau dapat (tapi rasa memang confirm dapat sebab aku pilih course yang senang) aku akan berhenti kuim. Ha ni pun kena fikir banyak kali betul ke aku nak berhenti kuim then masuk poli. Rasa macam bazir masa pun ada jugak. Kang nanti kawan aku semua dah sem 2 aku baru nak sem 1. Hmm




    Post by Reen Azreena @ 11.8.13 | 0 Comments