This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    kawan ke?
    Assalamualaikum

    Huraikan pendapat anda tentang kawan. (30 markah)
    Dengan semua orang kita boleh berkawan. Sesiapa je boleh jadi kawan kita. Bermula dengan satu senyuman ataupun satu teguran, kita dah boleh berkawan dengan seseorang tu. Kawan baik tu belakang cerita. Tu kau dah kawan bertahun tahun dah kenal hati budi baru kau boleh anggap dia kawan baik. Aku ni hidup dah 18 tahun. Dah banyak orang dah yang aku kenal. Macam macam pesen orang yang aku dah jumpa. Bukan nak berlagak bagus ke apa, aku ni boleh nak kata pandai bezakan yang mana satu kawan dan yang mana satu kawan palsu (fake friend). Kita hidup ni kena pandai. Pandai bezakan yang mana permata yang mana kaca. Sebab apa, kalau kita bodoh senang je orang nak kenakan kita hidup hidup. Orang tu kenakan kita diam diam pun kita tak tahu. Dah nama pun bodoh kan. Jangan salah tafsir manusia. Jangan cepat sangat nak percayakan orang. Kadang kadang kita kenal orang tu dah lama, kita pun dah anggap dia sebagai kawan baik kita tapi kita tak tahu hati dia. Dia pun anggap kita ni kawan baik dia ke? Ala kawan baik ni pun tipulah takda nak mengutuk kita walaupun cuma dalam hati. Yang mengutuk dalam hati tu okaylah, dia kononnya nak jaga hati kita kan. Yang cerita pasal keburukan kita dekat orang lain tu apa cerita? Banyak pepatah boleh masuk ni
    Gunting dalam lipatan
    Musuh dalam selimut
    Tikam dari belakang
    Talam dua muka
    Ada udang disebalik batu
    Apa lagi aku dah ketandusan idea. Kawan ke tu? Ye kawan. Kita yang bodoh pergi anggap dia kawan.
    Nak tahu tak? Apa yang aku nak cuba sampaikan tak terluah pun sebenarnya. Aku nak cerita lain, cerita lain pulak yang keluar. Eh tak reti lah nak berkias kias bagai. Aku kalau cakap lepas, memang semua tak nak kawan dengan aku lagi lepasni. K ah bye




    Post by Reen Azreena @ 14.9.13 | 0 Comments