This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    kuliah ngeri
    Assalamualaikum.
    Pagi indah dengan cuaca yang mendung. Jap kalau dah mendung tu indah ke? Ye memang indah... bagi aku. Kalau dah mendung mesti nak hujan. Bila dah hujan kan sejuk je. Dan takyah datang kelas. Ni lah pelajar. Selalu jadikan hujan sebagai alasan tak boleh nak pergi kelas. K macam biasa, hari khamis je pagi pagi dah kelam kabut. Sebab apa? Sebab satu rumah semua kelas pukul 8. Bilik airnya satu. 7 orang tu semua nak guna bilik air yang satu tu. So kenalah ambil giliran kan. Yang bangun lambat tu nasib ah dapat mandi last. Akulah orang yang last tu. Setiap hari khamis memang aku je yang malang. Siapa yang dah siap terus pergi kuliah dulu. Tapi takpe aku ada geng. Geng lambat. Kelas pengajian malaysia start pukul 8 tapi 8.30 aku pergi kelas. Datang datang audi je... gelap. Aku cuma nampak skrin lcd tu je. Sumpah macam panggung wayang aku cakap kau. Aku nak masuk dalam pun payah raba apa apa supaya aku tak terlanggar apa apa. Aku dengan housemate aku yang turut lambat tu terus ambil tempat duduk belakang sekali. Dalam hati ni seronok. Seronok sebab lecturer tak nampak ada orang datang lambat ekekeke.
    Dah gelap tu, seronok ler. Buku pun tak bukak. Masing masing ada "NUR" di wajahnya. Cahaya. Masing masing muka bercahaya dengan lampu handphone. Termasuk aku. Hare noh. Aku main candy crush sambil sambil on twitter. Tiba tiba lampu terbukak. Ha ha ha kau tahu tak time tu baru aku tahu audi tu sebenarnya blackout takda elektrik. Aku ingatkan lecturer yang tutup lampu sebab nak tunjuk slideslow tu. Aku ni pun bangang jugak asal lah aku tak boleh fikir takkan lah sampai semua lampu dia tutup. Lampu dah terbukak pun aku masih lagi main game just incase aku tak pernah faham apa yang lecturer tu ajar. Tiba tiba...
    ....
    ....
    ....
    ....
    ....
    ....
    ....
    ....
    ....
    ....
    ....
    ....
    ceh suspen. Okay tiba tiba, ada sorang laki ni dia bangun, dia pandang atas (siling yang berlubang) dan cakap "Ko turun sekarang!" dengan nada yang marah. Aik mamat ni dah kenapa. Aku yang tengah main game tadi terus fokus tengok dia. Pastu dia pandang atas dan marah lagi "Ko turun sekarang!!!" pastu dia tumbuk dinding hm nasib baik dinding tu bukan batu bata sebab kalau tak confirm berdarah. Aku tanya kawan yang duduk sebelah aku "Kenapa dengan dia? Ada orang ke dekat atas tu?" Kawan aku tu dia cakap slow je so aku tak berapa dengar. Aku tanya lagi "Asal weh? Kenapa dia mengamok" pastu tetiba laki tadi tu pengsan. Masa tu perempuan yang duduk dekat area dia semua bangun. Ni yang membuatkan aku lagi pelik. Kenapa kenapa kenapa?
    Slownya aku weh. Rupanya laki tu kena kacau dengan 'benda' tu. Masa tu otak aku baru berjalan. Agaknya laki tu nampak 'benda' tu dekat siling yang berlubang tu yang dia suruh turun. Okay bulu roma dah naik. Aku antara orang yang duduk berdekatan dengan dia. Pastu kawan lelaki yang dah 'kena' tadi tu suruh lecturer hentikan kuliah ni sebab dah 2 orang yang dah kena. Aku terus berpaling ke muka kawan aku "Ha 2 orang? Sape lagi sorang?" pastu dia pun tanyalah aku "Kau tak dengar ke perempuan yang jerit jerit tadi tu?" err bukan nak kata aku pekak, aku kalau dah menghadap tab aku tu, dengan aku aku sekali masuk dalam tab tu. Aku takkan perasan/dengar apa yang berlaku dekat sekeliling aku hehhh teruknya aku. Perempuan yang duduk belakang belakang yang lemah semangat tu semua pindah ke depan. Amek kau depan gila kau aku duduk. Betul betul depan lecturer haha masa tulah baru aku nak bukak buku. Okay belajar belajar belajar. Kuliah ni pun dah nak habis masa. Tiba tiba, lampu terpadam lagi. Kitorang terus kemas cepat cepat then keluar dari audi tu. Sebelum tu aku sempat toleh belakang, aku nampak ada 2 orang perempuan papah kawan dia. Err pengsan kot. Dah aku terus cabut keluar. Bila dah dekat luar tu baru aku berani cakap "Aku rasa 'benda' tu yang buat main lampu tadi tu" hahaha nampak tak kelakar. Seram wei.




    Post by Reen Azreena @ September 07, 2013 | 0 Comments