This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    selamat cuti sem kepada diri sendiri
    Assalamualaikum

    Cuti sem ni maksudnya;
    1) cuti panjang
    2) cuti untuk rehat
    3) cuti untuk tidur sepanjang hari
    4) cuti untuk menternak lemak
    5) cuti untuk goyang kaki

    Banyaklah aku punya goyang kaki. Ingat mak tak mengamuk tengok aku duduk je macam anak raja? Hm dan... duit pt keluar time cuti sem. Memang berjoli lah cerita dia kan. Ada jugak yang buat beli phone baru, baju baru, dan apa benda lagi yang baru baru lah. Aku ingatkan nak ambil lesen guna duit pt tu oleh sebab mak ayah tak dibenarkan support duit lesen aku sebab abang dengan kakak aku masa diorang ambil lesen dulu guna duit diorang sendiri so ni kalau tetiba kena kat aku, mak ayah yang keluar duit, mengamuk diorang. Heh dengki.
    Kenapalah rezeki aku datang time time hujung bulan macam ni? Bukan tak nak bersyukur hm sinilah dengar cerita aku. Aku dah nak habis sem, tetiba surat dari kolej islam as sofa datang tawar course syariah. Sayang weh nak tolak. Walaupun tu kolej swasta tapi kolej tu bagus tau. Kalau yang nak bertaubat ke nak jadi muslimin dan muslimat yang solehah dah solehah memang boleh masuk situ. Islamic dia kuat. Okay aku memang terpaksa tolak sebab surat tu sampai lambat so tarik daftar dia cepat sangat so aku tak sempatlah nak masuk situ.
    Pastu dah habis sem ni, aku boleh pulak dapat poli kat muadzam shah... course pengurusan pelancongan. Okay course mengarut, dapat pun jauh sampai ke pahang sana ha memang tak ah aku nak pergi. Sayang tu sayang jugak nak tolak. Poli kot. Hm.
    Ni sekarang aku tengah tunggu result ikm. Kalau dapat sumpah weh aku nak pergi. Aku tak fikir dah bazir masa bazir duit ke apa. Tu impian aku. Cita cita aku. Aku memang nak jadi arkitek. Aku minat nak belajar seni bina tu. Engkorang jangan ingat yang masuk ikm ni semua bodoh bodoh. Yang ada sijil kemahiran nilah yang sekarang majikan majikan cari. Laku kot sijil. Ada sorang cousin aku ni dia belajar sampai degree kat um last last jadi kerani kat pejabat sekolah. Ada lagi sorang ni dia pun belajar sampai degree kat usm tapi sekarang kerja kat kilang. Tengok ayah aku, dulu dia belajar dekat kolej mara je tapi dia dah bekerjaya sekarang. Dah bekerja dan berjaya. Aku rasa aku mewarisi bakat ayah aku cewahh. Ayah aku dulu nak jadi arkitek last last belajar civil engineering pastu jadi kontaktor. Ada lah jugak tu kena mengena. Banyak cabang kalau belajar benda benda macam ni semua.
    Hm dahlah tu je. Bye




    Post by Reen Azreena @ 26.10.13 | 0 Comments