This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    gua rindu sekolah
    Assalamualaikum

    Harini tetiba terasa nak buat entri pasal sekolah. Sebabnya aku rindu sekolah. Bukan baru harini tapi selalu sebenarnya.

    Form 1
    Masa tu baru nak up. Kononnya. Yelah baru lepas belah dari sekolah rendah pastu masuk sekolah menengah. Masa tu jakun pergi sekolah pakai kain warna biru tu seriously aku jakun. Aku ni bukanlah pandai sangat. Result upsr 1A4B je. Kau tak tahu aku punya mengamuk masa tu kenapalah yang B tu semua tak jadi A. Kalau tak aku dah dapat 5A. Aku masuk kelas ketiga... daripada tujuh kelas. Okaylah tu takdalah bodoh sangat. Aku pun tak ingat sangat sape je classmate aku masa tu. Form 1 tak form 1, aku dah pandai ponteng kelas time tu. Masa form 1 nilah aku start couple ekekeke. Cinta monyet. Couple dengan adik bestfriend abang aku pulak tu. Abang aku masa tu form4. Abang aku boleh nak kata hot masa kat sekolah dulu. Entah orang kata dia handsome. Hm aku tak boleh nafikanlah memang dia handsome tapi sekarang dia dah gemok. Masa tu aku ada jugaklah rasa bangga sebab ada abang hot. Tak pasal pasal semua bodek aku nak mintak number phone abang aku. Akak aku pulak masa tu form 2. Atas aku jelah. Dan nama pun batch skema skema, masa tu main lari lari, ejek ejek nama mak bapak, pijak pijak kasut.

    Form 2
    Form 2 aku pandai sikit ecehh. Sikit je so aku naik kelas kedua. Classmate tak best. Tahun ni adalah tahun paling suey bagi aku. Ni cerita betul. Aku tak tipu. Masa form 2 ni asyik muka aku je yang keluar masuk bilik disiplin dan bilik kaunseling. Memang wanted habis masa tu. Balik rumah kena basuh dengan abang "ko buat apa ha dekat sekolah?" Apa yang aku buat aku tak boleh nak cerita. Benda ni memang aku tak boleh lupa, sampai bila bila. Aku kalau buat jahat mana boleh sorang sorang. Masa tu berempat. Aku, nurin, iwan dengan azwan. Bila fikir balik kelakar pun ada jugak. Ala faham faham ler masa tu kan budak lagi kahkah.

    Form 3
    Form 3 aku kekal dalam kelas kedua. Classmate masa form 3 pun tak best sangat tapi geng aku masa tu best. Geng di mana ahli dia ramai tak pernah terpisah. Pergi mana mana semua sama sama. Ponteng kelas pun sama sama. Lepas habis pmr ah yang paling best. Main congkak, chess, carom tu semua.

    Form 4
    Semua sekolah masa mula mula naik form 4 memang ada orientasi kan? Masa tu cikgu baru nak umumkan kitorang ni semua masuk kelas mana. Masa tu dekat kantin, cikgu umumkan nama nama yang layak masuk kelas pure science dulu. Yelah budak kelas pandai katanya. Sumpah aku tak sangka gila yang nama aku ada dalam kelas pure science tu. Result pmr aku biasa biasa je kot. Classmate aku time ni paling tak best. Aku mana minat subjek science ni. Ni lagi nak belajar biologi, fizik, kimia tu semua. Aku pernah jugak jumpa cikgu aku cakap nak tukar kelas tapi cikgu tak bagi sebab result exam awal tahun aku okay. Semua lulus. Siap dapat sijil lagi sebab lulus semua subjek. Masa tu ramai failed ada yang sampai 5 subjek failed. Entah aku pun tak tahu asal tah ak pandai sangat. Heh perasan. Kebetulan je tu. Ada tragedi dasyat yang berlaku masa aku dalam kelas science ni. Takda sorang pun yang tahu apa sebenarnya yang berlaku, kecuali cikgu cikgu kelas science. Kenangan paling pahit. Bulan 8 atau bulan 9 entah aku tak sure aku sanggup naik pejabat sebab nak mohon tukar kelas. Nak masuk kelas akaun memang tak. Aku benci add math. Nak masuk kelas teknologi komputer tak boleh sebab pelajar yang terpilih je boleh masuk kelas tu. Last last aku nekad masuk kelas sastera. Kelas keempat daripada enam. Memang kelas bodoh bodoh, ramai yang kata. Masuk kelas sastera ni baru dapat rasa nikmatnya sekolah. Classmate semua terejal, ramai gengster haha sumpah aku suka. Kalau ada yang ponteng kelas, nanti yang lain tolong back up. Sorang ajak ponteng kelas pastu yang lain pun nak ikut ponteng sama kahkah dah nama pun kelas bawah.

    Form 5
    Tahun paling best. Paling best. Paling. Aku paling tak boleh lupa zaman form 5 aku. Aku nak cakap ni tapi yang kelas lain lain tu nak jelous sukahatilah tapi pengetua sendiri cakap, cikgu cikgu lain pun cakap kelas 5SA1 2012 paling sporting dan paling gila. Classmate masa form 5 ni hm sebenarnya boleh jadi best tapi sebab ada budak kelas atas turun dan diorang buat puak sendiri. Geng aku ah paling best. Semua pentol pentol aku je tak kahkah. Masa nilah kesetanan aku menjadi jadi. Aku ni ratu ponteng sekolah sampai aku dapat surat amaran. Aku bawak balik je surat tu pastu aku selit dekat tempat yang tersembunyi. Mak jumpa jugak surat tu akhirnya... Tipulah kalau mak tak marah. Ponteng kelas ni jugak akulah ratu dia kahkah aku lagi. Tak padan dengan perempuan. Event event dekat sekolah pun mana aku rajin datang. Koko lagi jangan cakap. Berapa kali je aku datang. Aku ni pendirian tak tetap. Tiap tiap tahun aku tukar unit persatuan dengan kelab haha. Cikgu cikgu kelas aku semua sporting. Paling best guru kelas. Kitorang ni nama je senior, nama je form 5 tapi kitorang masih lagi main kejar kejar dalam kelas, main pijak pijak kasut. Terlalu banyak kenangan masa tu sampai aku tak tahu nak cerita yang mana satu.

    Masa sekolah "cepatlah habis sekolah cepatlah habis." Bila dah habis sekolah menyesal sebab cakap macam tu. Zaman sekolah adalah zaman paling best. Sebenarnya sekolah ni tak best pun. Yang bestnya kenangan dengan kawan kawan kahkah




    Post by Reen Azreena @ 11.11.13 | 0 Comments