This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    kktm rembau
    Assalamualaikum

    Aku dengan secara rasminya sudah pun menjadi warga madec. Serious memang best kktm ni cuma lokasi dia lah tak strategik betul. Tengah tengah hutan sana tu ha. Bagi pengguna line maxis memang dah sampai ke tahap nak campak phone dekat dinding biar berderai sebab line macam haram. Oleh itu aku akan jadi pengguna tegar celcom lepasni. Baru limo haghi dokek sano macom macom den lalui. Tudia keluar dah nogoghi dia hahaha. Serious selama lima hari ni macam macam peristiwa yang boleh nak kata manis ada pahit pun ada. Orentasilah cerita dia. Aku memang nak cerita semua pasal orentasi aku. Berjela tak berjela aku nak cerita jugak.

    Orentasinya lima hari. Memang lama. Lima hari punya lama tu aku rasa macam lima bulan seriously. Abang abang kakak kakak fasi memang sporting habis. Diorang buli kitorang pun habis habis. Ragging habis. Batch aku ni semua ada 92 orang je tak ramai pun. Sikit tapi dah cukup untuk mengecohkan lagi suasana. Kitorang dibahagikan kepada 10 kumpulan. Group aku 5 lelaki 4 perempuan. Biasalah mula mula aku rasa kenapalah malang sangat aku ni dapat group yang tak best langsung tapi hari demi hari kitorang makin rapat. Biasalah kan mula mula tu malu malu kucing anjing buaya biawak lembu kambing nak tegur tapi lama lama rasa macam dah lama berkawan. Group aku paling tua umur dia 23 tapi dia taknak mengaku yang umur dia dah 23 dia cakap umur dia 19 perasan betul. Paling muda umur 17. Budak lepasan spm. Budak mrsm tu. Apa yang dia cakap semuanya berilmu weh. I mean kalau kita ni kan kalau cakap nak mencarut je kan tapi dia jaga betul bahasa dia. Apa apa aktiviti memang idea dia jelah yang keluar. Macam nilah stok mrsm kakakaka. Dengan orang yang tak kenal, aku agak pendiam. Aku kalau bukak mulut memang semua taknak kawan dengan aku. Ini serious. Mulut aku kalau korang kenal memang jahat.

    Orentasi ni yang tak bestnya tiap tiap hari paling lama dapat tidur 2 jam je. Paling kejap dapat tidur sejam. Pastu pukul 4 dah kena bangun sebab nak kena berebut bilik air tu semua. Bilik air dia serious tak best. Jauh dari bilik aku. Jamban duduk pun takda (????) Hm yelah macam nilah rupa asrama sebenarnya. Selama lima hari ni kan dua tiga kali je aku mandi ekekeke. Tak sempat dok. Ala orang bukan tahu pun aku mandi ke tak. Roomate aku jelah yang nampak aku ni tak mandi hahaha tapi aku tak berseorangan lah. Ramai yang tak mandi jugak.

    Banyak aktiviti yang aku akan ingat seumur hidup. Kembara malam antara part yang paling best. Memang best dapat tidur pukul 3 pagi pastu kena bangun pukul 4 pagi. Kembara malam ni kitorang berkembara dalam kumpulan. Kitorang dibekalkan dengan sebatang lilin je. Tu pun kemetot je. Satu kktm tu gelap. Cahaya lilin tu jelah yang menerangi malam yang gelap. Kitorang kena cari check point tu semua dengan bantuan lilin tulah. Yang tak seronoknya kitorang kena jaga api tu jangan sampai terpadam. Kalau terpadam kitorang kena start dari mula. Kan tak best tu. So kitorang kena berjalan jangan pakai angin kalau tak api terpadam. Korang bayangkanlah. Tengah tengah berjalan tu boleh terdengar pulak suara baby menangis. Serious tak tipu. Member group aku semua dengar. Mana tah datang. Setiap check point ada soalan. Ada satu check point ni memang agak ngeri. Kitorang kena balut salah seorang daripada kitorang guna tisu tandas tu satu badan. Sebijik macam mumia. Dengan suasana yang gelap tu...err memang ngeri. Part yang paling kelakar tak memasal aku kena jadi model kena buat catwalk pastu jalan sebelah model lelaki ecehhhh hahaha serious kelakar. Nak tak nak aku kena berlenggang jugaklah. Pastu ada part kitorang semua kena tutup mata pastu fasi suapkan something euwwww sumpah tak sedap. Dia kata tu biskut campur air tapi aku rasa macam muntah orang je. Pastu ada lagi satu part kitorang kena makan aiskrim dalam satu cawan pastu share dengan semua orang. So semua dapat rasa. Bila cawan tu dah kosong fasi tu cakap cawan tu ada sejarah dia. Sebelum ni ada orang muntah penuh dalam satu cawan tu eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Part last kitorang semua duduk tengah tengah padang. Masa tu 2.30 kot tak silap. Sejuk weh dengan mata yang mengantuknya...

    Aktiviti khidmat bakti pun boleh tahan best dia. Setiap kumpulan dibagi satu tong cat dengan berus berus roller tu semua pastu diorang suruh yang kumpulan ni kena cat sana, kumpulan ni kena cat situ. Aku serlahkan sikitlah yang aku ni pandailah jugak mengecat kan. 10 kali rasanya aku basuh tangan aku yang terkena cat tu. Cat minyak susah nak hilang so kena rajin menyental. Dalam tangan dah bersih tu mulalah budak ni nak dengki suruh aku tolong diorang tak memasal je aku kena basuh tangan aku lagi........dua tiga kali.

    Pastu ada satu game ni. Katak kembung katak kempis kot nama dia. Game dimana lelaki kena berpasangan dengan perempuan. Sumpah game ni memang macam bodoh. Nasib baik aku punya partner ahli kumpulan aku sendiri. Kiranya taklah malu sangat hahaha. Peh kena menatap mata pastu kena kenyit kenyit mata, kena naikkan kening. Paling tak boleh belah kena kembungkan pipi depan dia pastu kena buat mulut ikan eeeee ingat comel ah tu?

    Latihan dinamika pun best. Kitorang yang ramai ramai ni kena buat satu bulatan dalam dewan pastu dekat tengah tengah tu ada sebujik kerusi. Kerusi untuk orang orang yang malang. Orang yang duduk atas kerusi tu kena buat satu gaya orang cacat pastu pilihlah sesape pastu orang yang terpilih tu kena buat gaya cacat yang sama sampai dia pergi kat kerusi pastu dia kena buat gaya cacat yang lain pastu dia kena pilih orang lain buat benda yang sama. Serious kelakar. Diorang punya cacat menjadi betul hahaha. Macam macam pesen. Suster ngesot pun ada hahahaha nak pecah perut aku gelakkan diorang. Ramai jugak kawan aku yang kena pergi tengah tengah tu pastu buat gaya macam nak attack aku. Yang aku dah tunduk tundukkan muka je nasib baik tak kena.

    Pastu ada satu game ni aku tak ingat apa nama dia. Setiap kumpulan kena koyakan kertas supaya jadi cebisan yang kecil pastu dengan cebisan tu kitorang kena buat satu garisan yang panjang. Nak sambungkan cebisan tu kena guna masking tape. Masking tape tu ada dekat setiap baju fasi fasi tu semua. Kitorang kena amek masking tape tu dekat diorang tapi tak boleh berjalan atau melompat. Kitorang kena guna lutut. Penat weh kitorang kena kejar fasi fasi tu semua guna lutut pastu bila dah dapat masking tape tu kitorang kena jaga betul betul sebab nanti ada orang curi. Memang banyak masking tape group aku yang kena rembat. Kurang asam betul masing masing. Pastu dah buat garisan panjang tu kitorang kena jaga jangan sampai fasi koyakan. Pertahanan memang budak lelaki yang kena buat. Serious yang ni lawak. Budak ni sampai tumbangkan fasi tu semua sebab taknak bagi diorang kacau kitorang punya kertas tu. Ada yang sampai baju fasi tu koyak hahahaha tulah setan sangat. Dah siap tu semua group aku kena sambungkan kertas yang kitorang dah buat tu dengan group yang lain pastu sambungkan lagi dengan group yang lain. Serious susah. Dengan fasinya yang masing masing macam lahanat. Macam macam halangan. Yang perempuan kau jangan tanyalah. Kitorang dekat tengah tengah tu yang terbaring ada, yang terkelongkop ada, yang seluar koyak ada, yang tudung tertanggal ada, kena hempap lagi banyak kali weh. Oleh sebab aku lemas tak tahan duduk tengah tengah tu aku menyelinap nak pergi belakang sekali, dalam aku menyelinap tu aku sekali lagi kena hempap........dengan abang presiden yang badan dia tu boleh tahan besar. Sakit weh kaki. Jangan tanya ah. Lelaki perempuan tak kira dah haram ke tak, main hempap je semua.

    Malam persembahan pun best. Masing punya muzikal memang power power. Tapi aku tak join ah sebab masa tu aku demam teruk. Orentasi ni memang teruk sampai aku kena demam teruk. Persembahan group aku pun tak kurang hebatnya tapi tak menang pun. Ada yang lagi hebat.

    Ada part yang aku tak cerita sebab aku tak berapa nak ingat sangat. Yang ceramah ceramah tu buat apa nak cerita kan. Dah sah sah ler membosankan. Aku memang takkan lupa semua ni. Kenangan ni kenangan. Hm so habis orentasi tu aku terus cabut balik rumah hahaha tak menyempat kau. Baju pun tak tukar terus balik.




    Post by Reen Azreena @ December 28, 2013 | 0 Comments