This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    Madec si jantung hati
    Assalamualaikum

    Dengan ini dengan itu aku nak cakap yang aku dah jatuh cinta dengan madec. Pernah jugak aku rasa sesal kenapalah aku tak masuk sini dari dulu lagi. Kalau tak dah lama aku hidup bahagia. Ye memang aku sengsara pun duduk kat kuim tu dulu. Aku seronok jugaklah hidup dengan classmate aku yang sekarang ni. Serious semua sporting. Sekepala sekutu sekelemumur. Yang tak menahannya subjek dia weh. Semuanya membunuh. Ni baru belajar 2 minggu kepala otak aku punya neuron dah serabut, ni lagi nak makan 3 tahun.
    Tujuan sebenar aku buat entri kali ni nak cerita pasal kenangan hm aku tak pasti nak kata kenangan pahit ke manis. Setiap student id memang kena lalui pengalaman ni. Sem 1 lah yang kena. Senior senior punya kerja kena ragging kitorang. 7/1/20114 aku akan ingat tarikh keramat ni. Hari tu budak sem 1 semua kena pakai baju warna biru, tudung oren. Kontra betul. Yang lelaki takdalah pakai tudung kan. Pastu kitorang semua dibagi sepasang stokin warna oren. Memang comel, bagi perempuanlah. Bagi lelaki ia sememangnya hodoh. Nak tak nak diorang kena pakai jugak haha serious kelakar. Aktiviti aktiviti dia pun best. Main mangkuk beracun. Biasa orang guna bola tapi kitorang guna mangkuk. Memang siot aku sampai 2 kali mangkuk tu berhenti dekat aku. Nasib baik aku kena buat benda yang simple tapi dah cukup untuk menggeletarkan lutut aku. Pastu kena berpasangan then bawak belon yang berisi air dan jangan sampai belon tu pecah. Senior senior yang macam setan bawak jarum pergi kejar kitorang satu court tu pastu pecahkan belon kitorang. Aku lagilah game belum start tapi dah pecah dulu hahaha. Part yang paling dasyat lagi menggeramkan, kitorang semua kena tutup mata guna tudung hitam. Pada saat tu, hidup aku mula gelap... aku tak tahu siapa yang pimpin aku. Dia bawak aku pergi pusing pusing, tengah jalan tu, ada orang conteng muka aku dengan water colour. Masa tu aku tak tahu macam mana dah rupa aku. Yang aku tahu orang ramai tengah gelakkan aku. Aku masih lagi boleh jadi wanita yang tabah sebab aku tahu classmate aku yang lain pun terima nasib yang sama. Padahal jalan tu rata tapi pemimpin aku tu suruh aku lompatlah, merangkaklah. Ada satu tempat tu aku tak tahu lah kan dekat mana, dia lepaskan tangan aku pastu dia suruh aku jalan sendiri. Part yang turun tangga tu okay lagi sebab aku boleh pegang tiang pastu kaki main raba je. Tiba jalan rata, aku boleh terlanggar sebuah meja... tiba tiba kedengaranlah suara suara yang sedang gelakkan aku. Kurang asam punya senior. Manalah aku nampak. Dah berjalan jauh tu, pemimpin aku tu suruh aku duduk. Memang boleh rasalah aku tengah duduk atas rumput. Pastu dia ikat tangan dengan kaki aku. Olok olok kena culik katanya. Dah duduk lama tu kan, tiba tiba ada hujan. Hujan dia lebat betul macam waterfall. Dan bau dia euwwwww. Secara automatik aku terus menjerit eee apa ni apa ni. Rupanya dekat sebelah aku ada ramai orang. Classmate aku lah tu semua tu. Dah geli geli kena air apa tah tu kan, aku tanya orang sebelah aku, Jair. Weh air apa ni weh. Dia kata air tepung. Hm okaylah asalkan bukan air longkang ke sampah ke. Memang banyak diorang curah air tu kat kitorang. Dengan baldi baldi sekali diorang baling. Memang setan nasib baik aku tak kena. Last last diorang bukak tali yang diorang ikat tangan dengan kaki kitorang tu dan bukak penutup mata kitorang sekali. Hahahahahahahahaha macam zombi semuanya kawan kawan aku ni. Gelak tak over sangat ah sebab aku pun sama naik jadi zombi. Pastu senior senior semua pakat suara "Welcome to interior design" agaknya kan macam nilah diorang sambut junior tiap tiap sem kan. Tunggulah aku dah jadi senior nanti memang aku buli habis junior junior nanti. Kenangan pahit tapi best haha acano tu?





    Post by Reen Azreena @ January 13, 2014 | 0 Comments