This Is The Life About
The Owner


Do pronounce my name correctly, Azreena. I was born on 1995. I am such a good person. Trust me if you nice to me, i'll be nice to you. It seems fair enough.

  • Story
  • About
  • Message


    Eh aku hidup lagi?
    Assalamualaikum. Hai semua? *krik krik* hmm okay bye. Haha akhirnya aku berjaya update blog. Rindu tau dengan blog ni. Blog nilah bestfriend aku. Aku cerita semua masalah aku kat dialah. Tapi dia tak pernah peduli, dia tak tolong aku settlekan masalah aku pun. Dia tengok je aku cerita. Kira aku ni macam luahkan perasaan kat dinding lah. Adalah jugak yang tegur aku kat twitter diorang cakap blog aku best. Haha tang mana tah yang best. Sorrylah kalau aku jenis yang suka post cerita yang panjang panjang. Ada jugak tu yang sanggup baca semua hihi sayang awaks awaks semua muahked. Alhamdulillah aku masih hidup sampai ke harini dan diberi peluang untuk mengupdate blog ni. Hm ni ha cheq nak ceqita yang cheq tengah cuti sem. Tak yang aku dok cakap kedah ni pasaipa? Oh ye haritu birthday aku. 17hb haritu. Kesian aku baru nak masuk 19 tahun. Kawan aku semua dah nak masuk 20 dah. Angka 20 tu hmm rasa macam tua sangatlah em emm. Tak ramai pun yang wish. Tak sedih tapi dari situlah aku tahu kawan sejati mana yang ingat birthday aku. Yang wish sebab tahu dari facebook pun aku terima at least dia wish. Theres no birthday celebration sebab family semua duduk jauh jauh. Weekend je dapat jumpa semua hmm yang ni sedih tapi its okaylah tak kisah pun sebenarnya. Balik cerita cuti sem tadi. Nak habis dah pun cuti sem aku ni. Minggu depan naik ah kolej. Tak sangka sem 3 dah aku ni. Nak habis dah. Aku punya nak habis tu sebenarnya lagi 2 tahun. Nak cakap lama, pejam celik pejam celik selama 2 tahun, habis ah kan. Agak susah jugaklah weh course interior design ni. Aku tak tahu macam mana int. designer kat luar sana boleh survive dan bekerjaya dan hidup lagi sampai sekarang. Memanglah kita kalau dah minat, semua benda jadi senang. Ye aku tahu tu. Aku tahu. Ni tengah dedo atau apa orang melayu cakap berdebar nak tunggu result keluar. Dahlah aku frust menonggeng sebab result sem 1 haritu lagi hujung tanduk lembu je aku nak dapat dekan. Ni result sem 2 hmm aku tak target pun dekan. Tapi aku taknaklah result cukup cukup makan je. Hm ye aku nak dekan tapi hasil kerja aku bukan bagus sangat. Aku harap jugaklah dengan menyecore subjek yang kredit dia banyak, result aku boleh gempak. Amin. K cuti ni aku takde buat something useful pun. Semuanya tak berfaedah dan memberi manfaat kepada negara dan mencapai ke arah matlamat wawasan 2020. Macam biasalah orang yang takda masa depan punya cuti sem kan dia ternak lemak je pastu goyang kaki pastu membongkang je. Orang kata cukup 40 hari kalau tidur petang je jadi bodohlah alamatnya. Dengar je cerita yang aku pun tak pasti sama ada sahih ke tak aku pun tidur waktu pagi atau tengahari kahkah harap aku tak bodohlah. Aku nak jadi interior designer yang berjaya ni so takleh ah bodoh bodoh kan. Hm da ah tu jelah untuk harini. Bye :*




    Post by Reen Azreena @ 19.12.14 | 0 Comments